🌸 SITI NURNADIERA HASHIM 🌸




mimpi 🌙
posted by ITSNDIERABEAR June 13, 2015 0 comments
** Dalam dewan peperiksaan smktk ** 
** peperiksaan spm subjek akaun ** 
** masa;;  tamat waktu menjawab ** 

Aku duduk dekat meja menjawab aku macam biasa.  Budak-budak 4sains2 yang lain sibuk berkumpul satu meja bincang tentang soalan soalan kertas akaun tadi. Mungkin sebab depa perasan aku duduk sorang sorang depa datang dekat meja aku.  Buat bising macam selalu.  Depan aku ada catwalk.  Sebelah aku ada namin dengan aina.  Dalam keadaan riuh rendah dalam dewan peperiksaan aku tersedar sesuatu dekat luar korido dewan. Ada ramai gila manusia sedang berkumpul.  Ada yang ambil gambar guna smartphone.  Bila aku pandang lebih tajam arah manusia berkumpul tu,  aku nampak sekumpulan abang abang ni tengah berjalan.  Sumpah!  Aku kenal gila dengan depa ni.  Apa yang depa buat kat sini!?



Aku yang tadinya cuma duduk mendiamkan diri bangun dan berdiri atas kerusi sambil menjerit '' chanyeol oppa!! " . Budak budak 4 sains 2 yang lain usya aku dengan pelik kecuali aina.  Ya aina pun excited waktu tu.  Aku tak faham sama ada depa tak kenal EXO atau cuma aku dengan aina je yang kenal EXO.  Waktu aku menjerit dengan semangat panggil chanyeol,  aku sedar yang dia noticed aku masa dia berdiri depan aku.  Tapi dia buat derk dan terus berjalan.  Dan aku masa tu macam '' WOIII!  CHANYEOL ! " dan dia pandang balik arah aku sambil senyum dan lambai.  And guess what.  Aku pegang tangan dia.

Aina yang ada sebelah aku usya aku tajam jee. Lepas chanyeol blah ada member dia yang lain lalu . Tapi aku buat tak kisah.  I dont know why.  Dont ask me --' . Masa aku dah duduk atas kerusi balik , someone pass botol air dekat aku . Aku pun minum . Dan tiba tiba , xiumin masuk dewan exam dan rampas botol air dekat tangan aku . DIa minum sampai sikit . Dan bagi balik dekat aku . Aina usya aku lain macam lagi . Dia pandang botol air aku . DIa rampas botol air aku . Dan waktu tu kami dua berebut botol air .

;;;; NANAD BANGUNN ;;;;  aku dengar suara mama dari dapur,  kejut aku bangun tido --' .
Aku baru sedar yang aku janji dengan namin nak print kerja khusus sivik sama sama.  Aku bergegas bangun mandi sarapan dan buat homework yang aku tak sentuh selama 2 minggu --' . Kenapa mimpi ni yang aku dapat?  Why?  Eish!  Mungkin banyak sangat aku berfangirl sampai jadi macam ni.  Ya allah.  :'---))))) 


© 2014 - Layout created by nadiera hashim.
Do you know ? WE LIVE UNDER THE SAME SKY