🌸 SITI NURNADIERA HASHIM 🌸




I love you mom ..
posted by ITSNDIERABEAR December 05, 2014 0 comments

Kadang kadang aku rasa... 

   ".boleh tak biar aku pergi dulu before mama? "
   " macam mana aku nak hidup tanpa mama? "

Ya..  umur mama aku dah nak mencecah 50 tahun. 50 tahun mama aku hidup. 15 tahun aku hidup dengan mama aku. 15 tahun mama aku besarkan aku. 15 tahun mama bagi aku makan. 15 tahun mama aku sabar dengan aku.  15 tahun mama aku bagi apa yang aku minta. Dan dalam 15 tahun ni aku sikit pun tak bersyukur apa yang mama buat untuk diri aku. 

Sebab apa aku tak pandai nak bersyukur? Kenapa diri ni tak pernah nak jujur dengan diri sendiri?  Sampai bila diri ni nak berdrama?  Bila diri ni nak sedar yang bertapa pentingnya mama?  Bila diri nak faham isi hati mama?  Bila diri ni nak matang sepenuhnya?  Bila diri ni nak berubah?!  Sampai bila diri ni nak sorokkan segalanya.?  Sampai bila?!

Aku tahu diri aku. Aku tahu yang aku sayang mama. Aku tahu yang aku banyak buat mama menangis. Aku tahu aku banyak derhaka dengan mama.  Aku tahu macam mana aku layan mama.  Aku tahu aku hanya berlagak baik depan orang bila dengan mama.  Aku tahu aku banyak luka kan hati mama.  Aku tahu aku banyak derhaka dengan mama. Aku tahu aku tak layak masuk syurga. Tapi bolehkah aku tahan kalau dicampak dalam neraka?  Bolehkah aku tahan? 

Semua orang islam tahu bila matinya ibu kita , kita kehilangan benda yang paling penting dalam hidup kita . Ianya keberkatan hidup dan doa seorang ibu . Semua tahu itu . Even aku pun takut hilang keberkatan dan doa mama . Aku berjaya sampai sekarang pun sebab mama doakan . Tanpa doa mama , sapalah diri aku . Tapi why ? Kenapa aku suka sakitkan hati mama ? Kenapa aku derhaka dengan dia ? Kenapa aku tak boleh jadi anak yang sempurna untuk dia ? Why ?

"Ya allah . Kau panjangkanlah umur mama aku . Biarlah aku pergi dulu sebelum dia . Hadiahkanlah syurga kepada mama . Dia seorang ibu yang sempurna bagi kami 7 beradik . Dia seorang isteri tang sempurna untuk arwah ayah . Aamin ya allah aamin"



© 2014 - Layout created by nadiera hashim.
Do you know ? WE LIVE UNDER THE SAME SKY