🌸 SITI NURNADIERA HASHIM 🌸




9 tahun lalu ...
posted by ITSNDIERABEAR December 06, 2014 0 comments

2006 ..

*DALAM KELAS*

   "nadiera...  abang kamu datang ambil kamu. Kamu boleh balik sekarang"

   " yeayeh..  boleh balik awal " 

Dalam hati *tapi kenapa abang datang ambik * 

    " jom balik rumah tukar baju dulu lepas tu kita p hospital kulim"

    " ok ..."

*ATAS MOTO*

dalam hati.... 
   " kenapa ayah selalu sangat masuk hospital? Ntah ntah ayah dah mati "

*DALAM HOSPITAL*

abang fairuz jumpa doktor perempuan tu... tak tahu apa yang depa dua cakap. Muka abang dah lain..  doktor perempuan tu datang dekat dengan aku sambil tepuk bahu aku.

   " jom masuk "

mata aku pandang sekeliling. ada banyak sangat kapas yang ada darah berselerak dekat lantai. abang aku bisik dekat aku...

   " ayang... ayah dah meninggal... "

   " bohong la -senyum tawar-"

aku tengok atas katil yang agak tinggi *aku yang pendek sebenarnya* ayah baring kat atas katil tu. Ada kapas dalam hidung ayah. dan aku terdiam.  air mata mengalirhanya allah yang tahu bertapa sedihnya waktu tu

*DEKAT RUMAH*

ramai jiran yang datang. rumah aku sesak dengan jiran jiran. aku masuk bilik...  ambik gambaq ayah... 

   " mesti semua ni hanya mimpi"

-Ingat balik kata kata ayah -
   " nanti kalau ayah meninggal ayang mesti tak menangisOpah meninggal pun ayang tak menangis"

dan aku terus menangis.....

aku tengok pakcik pakcik tu sibuk dekat ruang tamu. aku hanya sandar dekat dinding menghadap kiblat . hanya menangis dan terus menangis. ada sorang pakcik ni usap kepala aku.

lepas kafankan ayah.....

   "ayang mai sini"

aku dekatkan diri dengan jenazah.

   " cium dahi ayah buat kali terakhir"

tanpa membantah, aku kiss dahi ayah aku. dengan perasaan yang bercampur baur. seakan tak percaya yang ayah aku dah tinggalkan aku buat selamanya... 

*DEKAT TANAH KUBUR*

ramai yang datang lepas solat jenazah. kebanyakkannya kawan ayah, jirankwan abang abang.... dan lain lain... 
cuaca agak mendung waktu tu..  

ayah selamat dikebumikan.  Dunia aku jadi gelap... 

-----------------------------------------
2014 

And now umur aku dah 15 tahun . Tunggu tahun depan 16 tahun . tapi kenangan tu tetap segar dalam ingatan... tapi aku agak beruntung dapat kiss ayah buat kali terakhir..  tak macam kaklong dan abang shaiful..  depa dua tak sempat pun nak tengok muka ayah buat kali terakhir...  kaklong sampai dekat kubur time ayah dah dikebumikan...  masa tu kaklong masuk asrama dan abang shaiful belajar dekat 
langkawi... i miss my father very much. Rindu nak makan dengan dia. Rindu nak p jalan jalan dengan dia.  Rindu nak p taman mainan sama sama. Rindu nak tidur sama sama. Rindu nak dia dodoikan aku masa tido. Rindu nak tengok dia jalan kaki pergi surau. Rindu nak tunggu dia balik dari surau malam malam.   rindu nak mengaji depan dia . Rindu nak tengok cerita p.ramly sama sama.  Rindu segalanya tentang dia..   goodnight ayah.. al-fatihah....






© 2014 - Layout created by nadiera hashim.
Do you know ? WE LIVE UNDER THE SAME SKY