🌸 SITI NURNADIERA HASHIM 🌸




Mama pesan ...
posted by ITSNDIERABEAR November 26, 2014 0 comments


Actually aku tidor awal harini . Masa aku tidor aku mimpi something dan aku jatuh katil =_= Dan sekarang aku tak boleh tidor . Haha good job encik mimpi . Masa aku bangun aku rasa dahaga . Dalam perjalanan pergi dapur tu aku nampak mama aku tidor dekat ruang tamu *ruang tamu lebih besaq dan sejuk* tanpa selimut . Sayu aku tengok mama aku tuh . I donk know why tapi bila pandang muka mama terus rasa sedih muncul dalam hati . Aku masuk bilik *ambik selimut * pastu selimutkan mama .




Lepas aku buat apa yang patut *minum air* dan teringat satu benda ..



     Mama selalu pesan ;

"Bila nad dah besaq , dah ada kerja , dah capai cita cita jangan lupa dekat abang abang
,  kaklong,  kak nami (kak ipaq) , kak ja (kak ipaq) dan abg syam. Balas jasa depa semua. Jangan lupa dekat anak menakan. "


Always....  mama selalu pesan benda yang sama. Without my family i am nothing
.  Yeah i know that .



Bila diingatkan dulu , keluarga aku selalu "kurang" makanan. Hidup susah. Arwah ayah cuma kerja kilang. Sebab nak tambah pendapatan keluarga , mama aku kerja jual burger. Sanggup redah hujan lebat sebab nak cari rezeki yang halal untuk 7 orang anak dia
.




Tapi sekarang alhamdulillah. Rezeki selalu ada.  Bila arwah ayah meninggal waktu aku darjah 1 , abang abang dan kaklong suruh mama berhenti dan rehat ja. Depa pula yang tolong sara keluarga. Dengan duit yang arwah ayah tinggal dan duit yang abang abang bagi kami hidup dengan gembira sekarang.


Bila umur aku meningkat , aku selalu minta dekat mama macam macam. Ada satu hari aku minta dekat mama phone baru. Sebab apa?  Sebab pengaruh kawan. Bila tengok kawan tu ada phone baru, kita pun nak. Aku tak pernah fikir benda tu sebelum ni . Aku sorang saja yang tak fikir benda tu.  Tak fikir yang mama ada duit ka atau tak.




Bila aku dah mula fikir benda tu , baru aku sedar yang mama bukannya selalu ada duit.
Tapi demi kemahuan aku , dia tetap tunaikan. BIla aku tolak , mama paksa aku ambik . Dan aku pernah tanya mama ;


"Mama ni . Kenapa bagi jugak sedangkan mama tak da duit . Tak pa tak penting pun benda yang nad nak beli tu . Kalau mak orang lain mesti mak depa tak bagi dekat anak depa" -kataku


Dan mama akan jawab ;


"Mama tak sama dengan mak orang lain
. Mama dah banyak lalui kesusahan . Duit bukan segalanya . Duit tak boleh wujudkan kebahagian . Mama bahagia tengok anak mama bahagia "


Dan aku terdiam ....




Hari ni , aku masih bukan siapa siapa. Masih bertatih dalam hidup aku yang belum tentu arah tuju nya. Cari sinar. Conteng jalan hidup. Jatuh bangunan.  Belum cukup,  doakan aku.


Aku nak berjaya. Aku nak memiliki kejayaan yang belum pasti milik aku. Aku tak pernah cakap ''mama,  nad sayang mama ketat ketak . Nad minta ampun untuk segala yang nad pernah buat " . Aku tak sempat cakap "Ayah,  nad minta ampun dan terima kasih didik nad dengan sempurna.  Tak pernah cubit nad.  Tak pernah marah nad. Nad sayang ayah. "



Aku nak jadi anak yang solehah . Anak yang boleh jadi dinding untuk mak ayah dari neraka. Anak yang boleh tarik mak ayah dari neraka
.  Doa kan aku.





© 2014 - Layout created by nadiera hashim.
Do you know ? WE LIVE UNDER THE SAME SKY